Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.

April 05, 2013

Motivasi ( no more FAIL)


Alhamdulillah , for the 1t sem the pointer become not to generous with  me but I'am very thankful no paper i need to repeat . to fighters with me to achieve success let us pursue the knowledge quality we learn .But acctually i still need to repair my pointer to get more better becoz i know i can do it !

so kepada yang fail tu jangan lah sedih sangat .menda boleh ubah kan .


ALLAH itu Maha Kaya. IA menjadikan setiap daripada hasil di bumi ini untuk kita nikmati, teladani dan hayatinya. Pernahkah kita terfikir seperti itu?
Well Saya sering melalui detik-detik dan hari-hari yang amat mendukacitakan di dalam hidup. Saya yakin anda juga pernah melalui saat-saat seperti ini. Namun, selagi mana kita mampu untuk menangani setiap permasalahan di dalam hidup ini dengan bijak, saya percaya, rasa bosan, tidak bersemangat, tiada motivasi di dalam hidup bukanlah suatu masalah yang besar di dalam hidup.
So untuk kita menjana lebih kekuatan dalaman agar kita menjadi manusia yang lebih gagah, perkasa dan yakin dalam melalui setiap arus cabaran kehidupan
Firstly kaji semula matlamat hidup kita bcoz semua yang tinggal diatas muka bumi Allah nie msti ade matlamat hidupkan, and myb ade diantare kita yang penah bermatlamat untuk bergelar manusia berjaya lagi-2 time persekolahan. Then bila kita kian lemah dan merasakan tidak bersemangat di dalam hidup, cuba ingat semula matlamat ada sewaktu kecil-kecil dahulu
Hidup hanya sekali saja, Gunakanlah ia sebaiknya. Tuhan mahukan yang terbaik daripada setiap hambanya. Pastikanlah yang terbaik itu adalah kita.
Secondly, Kita mesti set dalam minda, gagal merupakan proses kehidupan bcoz setiap kegagalan yang anda pernah,sedang dan akan lalui adalah suatu proses-proses kehidupan? Ya, jatuh, bangun,jatuh dan bangun semula itu adalah proses normal kehidupan kepada anda, mereka dan saya sendiri untuk kita menjadi seorang manusia yang benar-benar kuat, hebat dan berjaya!
Gagal, jatuh dan sesekali ‘down’ di dalam hidup itu adalah normal, ramai yang pernah rase kegagalan .but selepas itu mereka mampu untuk bangkit semula dan menjadi seorang manusia yang benar-benar hebat dan berjaya.
Percayalah, pada setiap kejatuhan itu, pasti ada bangunnya suatu hari nanti, andai kita terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri kita.
thirdly, Kite adalah makhluk terbaik ciptaan Allah so kita mesti membuktikan bahawa kita sememangnya benar-benar berhak untuk menjadi makhluk terbaik daripada ALLAH.
Jangan rasa sedih, tak usah bermuram muka, jangan sekali-kali merasa jatuh, sebab anda sememangnya makhluk terpilih. DIA menghadiahkan setiap ujian itu kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Anda perlu tahu bahawa anda adalah makhluk yang DIA pilih kerana andalah yang dirasakan berhak untuk mendapat ujian tersebut.
ALLAH tidak menghadirkan ujian kepada hamba-hambanya yang tidak layak untuk mendapat ujian tersebut. Setiap ujian, dugaan dan cabaran adalah untuk hambanya yang dirasakan berhak dan mampu untk menanganinya.
Maka, hadapilah dengan tabah, kuat, tegar dan cekal. Yakinlah bahawa anda merupakan makhluk yang terbaik untuk menerima setiap ujian daripada ALLAH.
Ramai orang yang mahukan kejayaan dalam masa yang singkat, namun semuanya nampak seakan sukar dan kabur untuk digapai lantaran tiadanya booster yang benar-benar kuat ke arah itu.
Kita lihat bagaimana Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali sebelum berjaya menghasilkan sebuah alat yang mampu memberi cahaya kepada manusia sejagat sehingga hari ni
Jelas kepada kita bahawa kejayaan dan suatu yang besar-besar di dalam hidup akan diperoleh dengan suatu yang dirasakan amat pahit pada mulanya.
Carilah motivasi anda, jangan biarkan kedukaan dan kegagalan masa lalu menjadikan anda terus gagal di dalam hidup. Percayalah, semua itu hanya akan menjadikan anda manusia yang lebih hebat, lebih bermotivasi dan lebih cemerlang.



Catatan Buat Diriku Dan Dirimu





Terjagalah dari segala maksiat dari segala zina dan nafsu dunia yang sesat
disatukan dalam karunia yang suci bersama jiwa jiwa
yang selalu haus akan ibadah dan penuh harga diri
ini bukan cerita cinderela
bukan juga patah arang cinta buta siti nurbaya
tak dapat diukur tapi bersama Allah
semua pasti akan teratur
dinyatakan dalam ketulusan
dari mutiara ketakwaan yang sangat mendalam
bersemi dari pupuk akhlak yang hebat
berbuah dalam kesabaran dan ketekunan yang lebat
tidak, ini takkan dimengerti
oleh hati yang penuh dengan dusta
yang buta oleh warna warni dunia yang fana
ini hanya untuk mereka yang selalu ingin luruskan
keteladanan bagi generasi berikutnya
keteladanan abadi dalam harum kesturi dan buah ibadah
dan menjadi manis seperti kurma
diawal rembulan yang indah
untuk selalu berjalan dalam kesetiaan dan harapan
dan hanya mau mencium
atas dasar kemurnian kita berkata cinta
karena bukan apa siapa dan bagaimana
tapi luruskanlah dalam wangi surga
karena apa sebenarnya kita berani berkata cinta


inilah cinta sejati
cinta yang tak perlu kau tunggu
tapi dia tumbuh bersama doa malam yang teduh
tak tersentuh oleh mata dunia yang palsu
petunjuk yang selalu datang
dari ruang para malaikat
yang sanggup melihat tak kenal pekat
tak lekang oleh zaman yang kan terus melaju
takkan habis oleh waktu
karena kecantikannya tersimpan dihati
dalam pesona yang selalu menjaga jiwa
yang menjadikan dunia menjadi surga
sebelum surga sebenarnya
yang membuat hidup lebih hidup
dari kehidupan sebenarnya
seperti sungai yang mengalir
bening airnyapun selalu artikan keseimbangan syair
yang satukan dua perbedaan dalam satu ikatan
untuk melihat kekurangan sebagai kesempatan
dan kelebihan sebagai kekuatan
lalu saling mengisi seperti matahari dan bulan
dalam kesetiaan ruang kesolehan dan kasih sayang
bagi sejarah penutup halaman terakhir perjalanan
para kesatria sastra jihad dan dakwah
tercatat dalam untaian rahmat berakhir
dalam catatan terakhir yang mulia
digariskan hanya oleh ketetapan Allah Subhanahu wata’ala

hingga rambut kita memutih
hingga ajal kan datang menjemput diri ini

April 03, 2013

Bangkitlah

Bangkitlah

Kita sebagai Ikhwah Akhawat,
dalam percakapan kita seringkali berbungakan insyaAllah, alhamdulillah, subhanAllah dan berbagai-bagai lagi,

di mana,
kita yakin bahwa atas izin Allah sesuatu itu terjadi,
dan atas kuasa Allah, sesuatu itu berlaku,

dan tika saya menjawab dengan mata yang terbeliak buat pertama kalinya,
banyak kali ana menghentikan tangan daripada menyambung jawapan saya dengan 'insyaAllah' di belakangnya.

Sebagai contoh,

"The blue litmus paper would turn from blue to red, *insyaAllah*"

"The plants undergo photosynthesis with the presence of oxygen, *insyaAllah*"

"The product of this reaction will be Magnesium Carbonate, *insyaAllah*"

Kita katakan kita beriman,
bahwa segala yang berlaku adalah atas izinNya,

Tapi,
mengapa,
kita memisahkan ilmu sains yang kita tuntut sekarang,
daripada Islam yang sebenar?

Sedangkan,
pada zaman Abbasiyyah,
ilmu sains dan semua-semua yang kita pelajari ini,
adalah bagi memantapkan lagi akidah kita,
mendekatkan diri kita padaNya,
dengan memahami penciptaanNya yang Maha Agung,

tapi lihatlah kita,
ke manakah ilmu kita yang sepatutnya bermanfaat membawa kita,

ke dunia yang hina?

ke Neraka yang Jahanam?

atau Syurga yang Mulia?

Ingat, ya Akhi,
ilmu yang dibawa anak Adam,
adalah ilmu yang bermanfaat.

Dan ilmu yang bermanfaat,
adalah ilmu yang membawa kita kepada pengabdian kepadaNya,

bukankah itu tujuan penciptaan kita,
sebagaimana yang difirmanNya dalam Az-Zariyat ayat 56?

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"

Maka,
nikmat mana yang hendak kita dustakan, Akhi?
Sampai bila kita hendak menjadi buta, Ukhti?

Sedarlah,
kita ditemukan olehNya bersebab,

dan sebab manakah yang lebih mulia,
berbanding sebab yang membawa kita ke arah menjadi yang paling mula di sisiNya,
seperti yang difirmanNya dalam Al-Hujurat ayat ke-13?

"Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa."

Berkata Saidina Umar al-Khattab, sungguh, orang yang berakal itu adalah orang yang menerima nasihat dan meminta untuk dinasihati.
"Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."

Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat perhentian alam akhirat, oleh itu jika seseorang terselamat dari huru hara azabnya, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih ringan lagi kepadanya; dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih berat lagi.

'Uthman bin 'Affan r.a

Bersedih

"Bersedih dan menyesali masa lalu adalah tindakan bodoh, kerana bersedih ataupun tidak, masa yang berlalu itu tidak akan kembali dan tidak juga berubah. Menyesalinya hanya akan membunuh semangat, memusnah tekad dan menguburkan masa depan yang belum terjadi."