Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.

April 03, 2013

Jika MATA KASAR kita melihat yang baik,
jika MATA AKAL kita berfikir hal yang baik,
jika MATA HATI kita merumuskan yang baik,
insyaAllah kita akan mendapat yang baik-baik,
dan jika kita tidak mendapat apa-apa yang baik,
tetapkan pendirian bersangka-sangkalah yang baik-baik,
kerana bagi kita hanya rencana Allah s.w.t. yang paling terbaik.

No comments:

Post a Comment